Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

‘Ziarah kubur, sedekah Yasin’


15/7
GEORGETOWN: Seorang penghantar tong gas yang dituduh membunuh tukang urut yang didakwa cuba meliwatnya dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Abd Halim Aman membebaskan Mohd Hairi Sabdin, 29, daripada tuduhan membunuh Abdul Rahman Hussain di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2003 selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh bertindak demikian bagi mempertahankan diri.
Beliau berkata, mahkamah menerima keterangan tertuduh yang terbukti jujur, jelas dan boleh dipercayai serta tidak terdapat keraguan terhadap kenyataan dibuat oleh pihak pembelaan.
Katanya, tertuduh bertindak mencucuk leher mangsa dengan gunting digunakan mangsa untuk mempertahankan diri dan bagi mengelak maruahnya tercemar akibat perbuatan si mati yang berkelakuan tidak senonoh ketika sedang mengurut.
Apabila sudah dibebaskan hari ini, saya berharap apabila ada masa terluang ziarah pusara si mati dan sedekahkan Yasin, katanya selepas membacakan keputusannya, semalam.
Menurutnya, berdasarkan Seksyen 100 (d) Kanun Keseksaan, undang-undang negara memberi perlindungan dan hak seseorang untuk menyebabkan kematian akibat perbuatan di luar tabii.
Terdahulu, peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, berkata undang-undang yang memperuntukkan Seksyen 100 (d) tidak diketahui secara umum dan seseorang boleh membunuh orang lain jika ada kelakuan luar tabii.
Dalam kes ini, jelas menunjukkan tertuduh cuba mempertahankan diri daripada diliwat oleh si mati, katanya.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar berkata, hujah pembelaan lebih bersifat mempertahankan diri sedangkan mereka tidak memenuhi empat syarat ditetapkan.
Katanya, pembelaan gagal memenuhi syarat bahawa tertuduh tiada jalan untuk keluar dari rumah si mati dan kedua, tertuduh lebih dominan berbanding si mati berdasarkan usia dan kekuatan fizikal.
Sementara itu, Mohd Hairi ketika ditemui gembira dengan keputusan itu dan akan berehat bersama keluarganya terlebih dulu sebelum membuat sebarang perancangan.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment