Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

Warga emas bimbang rumah ‘dicat’ biru dua lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas bimbang keselamatannya terancam selepas sekumpulan along bertindak menyimbah dinding rumahnya dan keretanya dengan cat sebanyak tiga kali dalam tempoh berbeza.
Warga emas itu yang bekerja sebagai pendandan rambut terpaksa menanggung malu dan kerugian akibat perbuatan along itu.
Mangsa, Chan Mei Ying, 60, berkata, dia tidak pernah meminjam dengan mana-mana kumpulan along kerana tidak mengalami masalah kewangan memandangkan dia hidup seorang diri.

“Kali pertama rumah saya disimbah cat ialah pada 6 April lalu kira-kira jam 8 pagi, kebetulan saya mahu keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Saya terkejut apabila melihat dinding rumah dan kereta saya ada cat biru. Kerana bimbang akan keselamatan, saya terus ke Balai Polis Rawang membuat laporan.

“Saya berasa hairan kenapa rumah saya menjadi sasaran mereka sedangkan saya tidak pernah membuat pinjaman dengan along,” katanya.

Menurutnya, malang menimpa dirinya lagi apabila rumah dan keretanya disimbah cat buat kali keduanya pada 20 April lalu kerana kemungkinan kumpulan along itu menganggap dia tidak mahu menjelaskan pinjaman walaupun sudah diberi amaran pertama.

“Saya amat terkejut apabila sekali lagi rumah saya disimbah cat berwarna biru. Saya tidak tahu bagaimana untuk berjumpa dengan along itu kerana mereka melakukan kerja jahat itu ketika saya sedang tidur.

“Kerana tidak mahu disimbah cat lagi, saya menulis nota memberitahu ‘tolong tuan (along), anda cari rumah nombor 24 tetapi tidak ada yang pernah meminjam. Jangan buang cat lagi. Tolong! Tolong! Terima kasih’ dan menggantungnya di pagar rumah saya,” katanya.

Difahamkan, selain menyimbah cat, kumpulan terbabit turut mengedarkan risalah di kawasan perumahannya di Taman Rawang Perdana, di sini bertujuan memalukan peminjamnya.

“Jiran saya ada menunjukkan risalah yang diedarkan mereka yang tertera gambar peminjam iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 60an. Apa yang menghairankan, saya langsung tidak mengenali lelaki itu dan tidak tahu bagaimana urusan pinjaman antara kedua pihak.

“Jiran saya juga tidak mengenali peminjam terbabit dan mungkin dia sudah menipu along dengan menggunakan alamat rumah saya bagi mengelakkan dia dijejaki along terbabit,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.
Mei Ying berkata, dia membeli rumah itu sejak 12 tahun lalu dan menetap seorang diri, malah, dalam tempoh berkenaan dia tidak pernah menyewakan rumahnya itu kepada mana-mana individu lain.

Menurutnya, walaupun notis sudah digantung, kumpulan terbabit masih menyimbah cat ke rumahnya menyebabkan dia berang dengan tindakan along itu sebelum datang ke Biro Aduan MCA membuat aduan.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong menjelaskan menerima 110 kes membabitkan aduan diganggu along dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 650 along yang dianggarkan terbabit memberi pinjam kepada orang awam dengan nilai pinjaman mencecah RM11.6 juta dalam tempoh yang sam

No comments:

Post a Comment