Search This Blog

Saturday, June 26, 2010

Pengetua biar murid kepanasan


15/7
JEDDAH: Pengetua sebuah sekolah mencetuskan kemarahan ibu bapa semalam apabila bertindak mengurung pelajar dalam kelas tanpa penghawa dingin ketika suhu mencecah 50 darjah selsius.
Pengetua berkenaan juga mengarahkan pelajar perempuan membawa air minuman sendiri.
Tindakan itu dilakukan sebagai hukuman berikutan pergaduhan antara pelajar yang berebut air di kawasan permainan selepas tamat peperiksaan.
Akhbar Al-Madina melaporkan, pengetua itu enggan membenarkan pelajar sekolah perempuan berkenaan meninggalkan kawasan sekolah, sebaliknya mengarahkan mereka membersihkan taman permainan.
Guru pengawasi dikerah menutup penghawa dingin dan paip air sementara kira-kira 100 ibu bapa menanti di luar lebih sejam untuk membawa anak masing-masing pulang.
Beberapa pelajar bermain air di taman permainan kerana suhu terlalu panas. Tiba-tiba pengetua muncul dan bertindak menghukum semua pelajar, kata seorang murid.
Seorang bapa yang terpaksa menghabiskan masa menunggu anaknya di luar, kecewa dengan tindakan itu kerana lewat ke tempat kerja dan berdepan dengan potongan gaji setengah hari oleh majikannya. Agensi
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment