Search This Blog

Wednesday, June 16, 2010

Mayat suami ‘hilang’ ditemui dalam gaung

KOTA TINGGI: Selepas seminggu tidak pulang ke rumah, seorang wanita menerima perkhabaran menyedihkan apabila suami yang dinantikan sejak dilaporkan hilang 8 Jun lalu, sebenarnya terbabit dalam kemalangan maut dan mayat serta kenderaan dinaiki hanya ditemui semalam.
Mayat Mohd Wafi Laiman, 27, ditemui dalam kereta Perodua Kancil yang dinaikinya ketika keluar bekerja pada pagi 8 Jun lalu oleh pekerja Syarikat Air Johor (SAJ) dalam gaung di Kilometer 24.5, Jalan Lok Heng - Mawai, semalam.
Norhadilah Mohammad, 26, sebelum ini membuat laporan polis berkaitan kehilangan suami, Mohd Wafi Laiman, 27, yang tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas keluar bekerja di Skudai.

Ketika datang ke pejabat Harian Metro di sini bagi membuat aduan kehilangan suaminya, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, suaminya tidak menjawab lebih 20 panggilan telefonnya.

Sehari selepas suaminya tidak pulang, Norhadilah menghubungi majikan suaminya dan terkejut apabila dimaklumkan suaminya sudah dua hari tidak datang bekerja kerja.

Ketika dihubungi malam tadi, Norhadilah gagal mengawal perasaan dan hanya mampu menangis.

“Saya tidak sangka menerima khabar duka ini. Namun, saya reda dan berdoa rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Suasana lebih pilu apabila jenazah suaminya tiba di kediaman mereka, di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, di sini ketika perbualan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi berkata, mayat mangsa serta kenderaannya ditemui pekerja Syarikat Air Johor yang memeriksa tekanan air rendah, jam 1.30 tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment