Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

Jel 8 bulan

KUALA LUMPUR: Seorang penjaja hanya menundukkan wajah selepas dihukum penjara lapan bulan dan dua tahun pengawasan Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki 0.67 gram heroin dan monoacetylmorphines, bersama dua pertuduhan lain di tepi kubur Cina, Mei lalu.
Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Soon Kooi Hoy, 46, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, Soon dikenakan tiga bulan penjara. Pertuduhan kedua dua bulan penjara kerana memiliki tiga botol methadone dan pertuduhan ketiga tiga bulan penjara.

No comments:

Post a Comment