Search This Blog

Thursday, June 17, 2010

Dilayan bagai penjenayah di Iran



14/7

Arshad
KUALA LUMPUR – Dilayan seperti penjenayah. Itu yang berlaku ke atas peserta Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 ketika tiba di bandar Tehran, Iran kelmarin.
Semuanya gara-gara tindakan peserta iaitu Firdaus Mohammad Zainal, Arshad Zainuddin dan Zamri Mohamed merakamkan gambar panorama bandar raya berkenaan.
Akibatnya, tangan mereka digari dan mata mereka ditutup sebelum dibawa ke balai polis berdekatan untuk soal siasat selama dua jam sebelum dibebaskan.
Polis Iran turut merampas pasport serta kamera produksi selain mengarahkan semua peserta ekspedisi ke balai polis semula semalam untuk tindakan selanjutnya.
Pengurus ekspedisi, Azman Baharuddin dalam e-melnya kepada Kosmo! menegaskan, ia pengalaman paling mencabar setakat ini tetapi semangat teguh untuk meneruskan kembara hingga selesai tetap membara.
“Kami juga amat berharap pasport dan kamera yang telah dirampas itu dipulangkan semula untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan,”ujarnya.
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment