Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

Bom sambut panglima AS



15/7
Letupan berlaku ketika ketua tentera hadir mesyuarat pecat pegawai
KABUL: Satu letupan kuat berlaku di sini semalam ketika panglima tentera Amerika Syarikat tiba untuk menghadiri mesyuarat bagi menjelaskan pemecatan komander AS di negara ini.
Letupan itu berlaku di tengah bandar raya terbabit kira-kira jam 9.55 pagi waktu tempatan, kata saksi.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashery, berkata beliau terdengar letupan itu,dan ia sedang disiasat. Ia dikatakan berlaku berhampiran bangunan pejabat Kementerian Luar, katanya.
Letupan itu berlaku selepas Panglima AS, Mike Mullen, pengerusi angkatan bersenjata AS, tiba di Kabul lewat kelmarin dalam misi untuk meyakinkan pemimpin Afghanistan berikutan pemecatan komander tertingginya di Afghanistan.

Mullen dijadualkan menemui Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, selepas Jeneral Stanley McChrystal dipecat kerana menunjukkan sikap melawan ketua.
Dalam lawatan seharinya, Mullen juga menemui pegawai AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata kedutaan AS.
Letupan itu, jika disahkan ada kaitan dengan Taliban, adalah serangan pertama di negara itu sejak sidang damai berlangsung 2 Jun lalu.
Bunyi siren dapat didengar di sekitar bandar raya ketika perkhidmatan kecemasan dan polis berkejar ke tempat kejadian, berhampiran istana presiden, ketika Karzai bersiap sedia mengadakan sidang akhbar mengenai dadah.
Pertemuannya dengan Mullen dijadualkan kemudian pada hari sama, di mana Mullen dijangka menjelaskan perkembangan isu yang berkaitan dengan McChrystal sehingga dipecat dan meyakinkan Karzai bahawa perubahan kepemimpinan tidak menjejaskan usaha yang dilakukan. AFP
Sumber : Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment