Search This Blog

Sunday, June 27, 2010

Bom lama ditemui di tapak pembinaan


27/06/2010 3:31pm

KUALA LUMPUR - Sebutir bom mortar yang masih aktif dipercayai tinggalan perang dunia kedua ditemui di satu kawasan tapak pembinaan Taman Damai Utama berhampiran Kelab Golf Kinrara, Puchong dekat sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bom itu ditemui oleh pekerja tapak binaan yang sedang bekerja di kawasan itu pada kira-kira pukul 8.20 pagi.
"Melihat objek yang seakan-akan menyerupai bom itu, dia kemudiannya terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, bom itu kemudian dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom di kawasan lapang berhampiran tapak pembinaan itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment