Search This Blog

Wednesday, June 23, 2010

Bas bawa askar Turki diserang


ANGGOTA polis memeriksa bas tentera yang rosak teruk selepas terkena serangan bom dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontah Kurdis di Istanbul, semalam. - AFP


ANKARA 22 Jun - Kumpulan pemberontak Kurdis di Turki mengaku meletupkan sebutir bom dengan alat kawalan jauh di dalam sebuah bas yang membawa anggota tentera dan keluarga mereka di Istanbul, menyebabkan empat orang terbunuh dan 12 lagi cedera.
Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, dua mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dalam serangan pada awal pagi itu.
Mereka yang terbunuh termasuk remaja perempuan berusia 17 tahun, anak seorang pegawai tentera.
Pemberontak Kurdis pernah melancarkan beberapa serangan bom di Istanbul dengan serangan besar terakhir di bandar raya itu berlaku pada 2007 mengakibatkan 17 orang maut.
Dalam kempen mereka untuk menuntut autonomi bagi wilayah majoriti Kurdis di Turki, pemberontak memperhebatkan serangan ke atas beberapa sasaran pada bulan ini dan mengancam untuk membawa perjuangan mereka ke bandar raya di barat negara ini.
Bom yang dipasang di tepi jalan itu meletup di sebatang jalan yang lengang ketika bas itu lalu tidak lama selepas meninggalkan sebuah kompleks perumahan tentera, lapor televisyen NTV.
Askar Turki membunuh tujuh pemberontak Kurdis di utara dan tenggara negara ini dalam pertempuran berasingan malam tadi, lapor agensi Anatolia.
Pemberontak pula membunuh sekurang-kurangnya 13 askar di kawasan itu sejak Jumaat lalu. - AP

No comments:

Post a Comment