WASHINGTON: Beberapa kejadian ribut puting beliung yang melanda Oklahoma di Amerika Syarikat mengakibatkan lima penduduk tempatan terbunuh, semalam.
Menurut Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma, terdapat juga penduduk yang mengalami kecederaan, bagaimanapun tiada jumlah sebenar dilaporkan.
Jurucakap hospital memberitahu laman web Oklahoma Daily terdapat lima orang kini dirawat di Pusat Perubatan Moore.
Di bandar Oklahoma, puting beliung terbabit melanda kawasan tengah bandar, menerbangkan kereta dan kediaman mudah alih serta banyak rumah kediaman yang musnah teruk. - AFP
No comments:
Post a Comment