Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Pusat Internet di Selangor didakwa bayar wang perlindungan



KLANG 10 Mei - Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang, Datuk Dr. Teh Kim Poo mendakwa pusat Internet di negeri ini dilindungi oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan ia menjadi lokasi perjudian haram termasuk di kalangan pelajar sekolah dan penuntut kolej.
Keadaan itu juga katanya, menyebabkan pusat Internet tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana tiada pemantauan dan tindakan tegas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, walaupun pusat berkenaan dimiliki individu berasingan, warna premis yang membayar wang perlindungan adalah sama iaitu bahagian hadapan dicat dengan warna oren dan pintu masuknya berwarna hitam.
''Pada mulanya saya mendapat tahu perkara ini daripada laporan orang ramai dan selepas membuat siasatan, saya dapati kebanyakan pusat Internet yang dipercayai membayar wang perlindungan mempunyai warna yang sama seolah-olah ada rahsia di sebalik keadaan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau memberitahu, baru-baru ini Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu menyatakan dalam akhbar bahawa kuasa pemantauan dan penguatkuasaan pusat Internet adalah di bawah pihak polis dan bukannya PBT.
Kim Poo berkata, sebenarnya pusat Internet di bawah pentadbiran PBT dan polis hanya akan campur tangan jika lokasi itu dijadikan tempat perjudian haram.
Beliau berkata, semasa BN menerajui negeri ini, pelajar yang memasuki pusat Internet akan diarahkan balik ke rumah tetapi kini tidak menghadapi masalah itu lagi kerana penguatkuasaan tidak dilakukan oleh pihak berkenaan.
''Kalau saya boleh mengetuai penguatkuasaan MPK ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, kenapa Ronnie tidak boleh melakukan demikian kalau tidak ada kepentingan peribadi.
''Sepatutnya Ronnie menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai sebagai pemimpin di negeri ini dan bukannya terlibat dengan perkara-perkara negatif," jelasnya.

No comments:

Post a Comment