Search This Blog

Saturday, May 15, 2010

Penunggang motor majoriti kemalangan maut

2010/05/15
SUBANG: Sikap serta disiplin ketika memandu menjadi punca utama dalam mengurangkan kemalangan maut selain usaha dan program kesedaran anjuran pihak berkuasa, kata Ketua Pengarah abatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Menurutnya, pelbagai usaha diambil pihak JKJR selain agensi kerajaan lain, namun ia masih belum dapat mengubah sikap segelintir pengguna jalan raya.
Katanya, daripada statistik yang dikeluarkan faktor kemalangan maut kebanyakannya berpunca daripada pengguna sendiri.

“Sebanyak 60 peratus kemalangan maut pada tahun 2008 adalah penunggang motosikal yang majoritinya gagal menggunakan topi keledar yang dikhaskan,” katanya ketika merasmikan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya ‘Buckle up It Is The Law’ di Plaza Tol Lebuhraya Besraya, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment