Search This Blog

Friday, May 14, 2010

penjual DVD tempang ditangkap lagi



KUALA LUMPUR 13 Mei – Meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU), seorang lelaki tidak serik-serik melakukan jenayah menjual cakera video digital (DVD) cetak rompak sehingga ditangkap pada Isnin lalu.
Malah, lelaki berusia lingkungan 40-an yang berkaki tempang itu pernah ditahan tiga hari sebelum itu atas kesalahan yang sama.
Dia ditahan kali kedua di sebuah kawasan di Danau Kota, Setapak di sini ketika dalam proses untuk didakwa di mahkamah atas kesalahan kali pertama.
Namun, belum sempat dihadapkan ke mahkamah, suspek kembali mengulangi kesalahan sama, malah ia kali ketiga dia ditangkap kerana menjual DVD haram.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang berkata, lelaki OKU terbabit merupakan anggota salah satu kumpulan sindiket menjual DVD haram yang aktif beroperasi di sekitar kawasan Danau Kota.
Menurutnya, siasatan mendapati terdapat enam kumpulan sindiket yang terlibat dalam kegiatan menjual DVD haram di kawasan berkenaan.
“Namun, hanya dua anggota sindiket berjaya diberkas semasa serbuan dijalankan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa KPDNKK pada malam Isnin lalu.
“Selain lelaki OKU terbabit, turut ditahan ialah seorang remaja berusia 16 tahun yang bekerja dengan satu lagi kumpulan sindiket,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment