Search This Blog

Saturday, May 8, 2010

Pegawai memerintah KD Sri Inderapura dipecat




LUMUT – Bekas Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura yang terbakar pada Oktober 2008 lalu ditamatkan perkhidmatan pada 27 Januari lalu selepas dua hari dihadapkan ke Mahkamah Tentera, di sini. 

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, Mahkamah Tentera mendapati bekas pegawai memerintah itu bersalah terhadap pertuduhan bertanggungjawab atas kehilangan kapal logistik terbesar TLDM yang terbakar dan hukuman tamat perkhidmatan itu telah disahkan bulan lalu. 

Katanya, pihaknya boleh menerima jika kebakaran berlaku di atas kapal tetapi TLDM tidak boleh kehilangan sebuah kapal akibat kebakaran seperti yang berlaku kepada KD Inderapura. 

“Ini kes :pertama yang menyebabkan kehilangan aset TLDM akibat kebakaran walaupun pegawai itu telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang dalam TLDM namun setiap perkara yang berlaku pada sebuah kapal adalah di bawah tanggungjawab pegawai yang memerintah,” katanya. 

:Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Beret Kehormat Pasukan Khas Laut (Paskal) Sayap Penerbangan Kehormat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jeti Operasi TLDM, semalam. 

Terdahulu, Dr Ahmad Zahid berkata, TLDM perlu menjadi pasukan yang bukan sahaja menepati piawaian tertentu malah segala aset, keperluan dan kesiapsiagaan berada di tahap tertinggi. 

Pada majlis itu, KD Duyong, Markas Udara TLDM dan Depot Senggaraan Armada menerima Sijil OHSAS 1800:2007 bagi pengurusan polisi lebih sistematik, pengurangan jumlah kemalangan dan insiden, mewujudkan kesedaran keselamatan di kalangan pekerja serta program keselamatan dan kesihatan pekerjaan efisien. 

KD Duyong turut menerima sijil ‘Malaysia Book of Records’ kerana muncul sebagai organisasi pertama yang dipersijilkan dengan OHSAS 18001:2007 di dalam TLDM, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.

No comments:

Post a Comment