Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Lelaki bersenjata serbu kapal kargo pukal di perairan Johor




2010/05/11

SINGAPURA: Sebuah kapal pengangkut kargo pukal yang berdaftar di Liberia diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata semasa sedang berlabuh di perairan Tanjung Ayam, Johor, awal hari ini.

Pusat Perkongsian Maklumat Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP ISC) di sini berkata, enam hingga tujuh lelaki, dipercayai bersenjatakan pisau, menaiki kapal itu kira-kira 3.55 pagi dan memasuki bilik enjin.
Bagaimanapun, kehadiran mereka disedari oleh seorang anak kapal dalam bilik enjin, yang lantas memaklumkannya kepada nakhoda kapal.
Nakhoda kapal itu kemudian menugaskan anak-anak kapal yang lain pergi ke bilik enjin untuk menyiasat, tetapi gagal mengesan kumpulan lelaki terbabit.

Menurut pusat berkenaan, tiada barangan yang dicuri dari kapal itu manakala anak-anak kapal pula tidak cedera.

Ini adalah insiden ketujuh yang dilaporkan dalam persekitaran itu sejak Januari tahun ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment