Search This Blog

Monday, May 24, 2010

Ketua kesatuan perdagangan di India ditembak mati



24/05/2010 2:36am

SRINAGAR, 24 Mei - Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali semalam menembak mati ketua kesatuan perdagangan yang menjadi anggota gabungan parti pemerintah dalam pentadbiran di Kashmir, India.
Polis dalam satu kenyataannya berkata, Ghulam Nabi Khan, 45, ditembak mati di Sopore, yang terletak 50 kilometer ke arah ibu negeri Kashmir, Srinagar.
Ratusan penduduk yang berkabung menghadiri pengkebumiannya dengan melaungkan beberapa slogan seperti ‘Hidup Islam Selamanya’ dan ‘Allah Hebat’.
Ghulam adalah ketua kesatuan itu di Sopore dan pemimpin tempatan untuk Persidangan Negara pemerintah daerah.
Pegawai keselamatan mengeluarkan amaran kepada pihak yang kemungkinan melakukan keganasan ketika musim panas ini selepas laporan menyebut bahawa sejumlah militan bersedia merentasi ke Kashmir dari zon Pakistan.
Kiraan rasmi menunjukkan pemberontakan terhadap peraturan India di kawasan itu mengakibatkan lebih daripada 47,000 orang maut sejak ia meletus pada 1989.
Keganasan berkurangan selepas India dan Pakistan melancarkan proses keamanan pada 2004 namun serangan pemberontak meningkat sejak awal tahun ini. - AFP

No comments:

Post a Comment