Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Kes cerai taklik senator 8 Julai



SHAH ALAM 13 Mei – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan Exco wanita UMNO, Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn mengemukakan pernyataan balas terhadap bantahan awal oleh suaminya, Ir. Mohd. Suffian Abdul Aziz untuk membatalkan permohonan cerai taklik pada 8 Julai ini.
Hakim Syarie Drs. Atras Mohamed Zin menetapkan tarikh sebutan itu selepas peguam syarie yang mewakili Nor Hayati, Rubiah Jaafar memaklumkan pihaknya berhasrat mengemukakan jawapan berhubung permohonan itu.
Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan yang sama untuk kes permohonan nusyuz (ingkar) oleh Mohd. Suffian terhadap Nor Hayati bagi mengetahui status peguam syarie yang mewakili wanita itu.
Dalam prosiding hari ini, peguam syarie Muhamad Burok yang mewakili Mohd. Suffian memaklumkan, beliau telah memfailkan bantahan awal dalam permohonan cerai taklik oleh Nor Hayati dan salinannya telah diserahkan pihak plaintif.
Muhamad yang turut mewakili anak guamnya itu dalam kes nusyuz memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader yang mewakili Nor Hayati sebelum ini, berhasrat menarik diri.

No comments:

Post a Comment