Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Kebakaran hutan: bomba kurang bekalan air



11/05/2010 6:37pm

KUALA TERENGGANU 11 Mei — Kerja-kerja memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas 45 hektar berhampiran kawasan perindustrian Dungun yang kini memasuki hari ke-10 berdepan masalah cuaca panas dan bekalan air.
Pegawai Operasi Kamal Md Tan berkata tekanan air rendah dari punca air di parit besar terletak lebih dua kilometer dari lokasi kedua kawasan kebakaran itu menyukarkan operasi pemadaman.
"Kebakaran itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang, memaksa anggota bomba berhadapan dengan cabaran untuk mengawal kebakaran dalam tanah dan memotong pokok di kawasan terlibat untuk memadamkan kebakaran di celah akar.
"Bagaimanapun kita menempatkan 20 anggota yang pakar dalam kerja pemadaman hutan di kawasan itu untuk mengelak kebakaran merebak selain penugasan hampir 100 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Paka, Al Mukhtafi Billah Syah, Chukai dan Kerteh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Operasi itu turut dibantu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam, Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Dungun, Jabatan Parit dan Saliran. - Bernama

No comments:

Post a Comment