Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Kami rela dirantai - Pelatih




TIGA pelatih Rumah Pemulihan Akhlak dan Akidah di Bukit Beruntung, Hulu Selangor rela tangan mereka dirantai.


HULU SELANGOR - "Biarlah masyarakat cakap apa sekali pun, kami rela kaki dirantai."
Itu pengakuan beberapa pelatih Rumah Pemulihan Akhlak dan Akidah di Bukit Beruntung di sini terhadap kaedah penggunaan rantai kaki ketika ditemui wartawan Kosmo! semalam.
Mereka yang menjalani pemulihan di rumah milik Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman (Sidim) itu mengaku rela dirantai kerana ia mampu mengawal 'kegilaan' dalam jiwa.
Seorang pelatih dikenali Firdaus, 20, berkata, tanpa rantai kaki itu, hatinya tidak tenteram kerana keinginan untuk menagih dadah timbul kembali selain mahu melarikan diri.
"Saya memang rela kaki dirantai daripada menjadi manusia tidak bertamadun," katanya yang berasal dari Kampung Keramat, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment