Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

Gempa 7.2 skala Ritcher di Acheh, ancaman tsunami dikeluarkan



09/05/2010 3:56pm

JAKARTA 9 Mei - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Meulaboh, Aceh, Indonesia, pada pukul 12.59 tengah hari tadi, menyebabkan penduduk di kawasan itu menjadi panik.
Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran potensi tsunami dan menasihat penduduk di Meulaboh menjauhi kawasan pantai sebaliknya pergi ke tempat lebih tinggi.
Jalan raya di bandar Aceh sesak dengan kenderaan apabila orang ramai cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sehingga kini belum belum ada laporan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.
Maklumat yang dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) menyatakan, gempa berkedalaman 30 km itu berpusat di 66km barat daya Meulaboh.
Saksi menyatakan bahawa gempa itu berlaku antara empat hingga enam minit.
Gempa itu yang turut dirasai di Medan, Sumatera Utara, menyebabkan penduduknya turut panik, terutamanya mereka yang sedang berada di pusat-pusat membeli belah di bangunan tinggi. - Bernama

No comments:

Post a Comment