Search This Blog

Friday, May 14, 2010

Flet dekat masjid roboh

MAKKAH: Sebuah bangunan kediaman berhampiran Masjidil Haram runtuh semalam.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada laporan mengenai sebarang kematian atau kecederaan
Flet itu sudah dijadual untuk dirobohkan tetapi ia runtuh sebelum tindakan itu lakukan.
Menurut sumber, faktor luaran mungkin menyebabkan kejadian itu. Pengarah Pertahanan Awam Makkah, Brigadier Jameel Arba’een berkata, pihaknya menggunakan jentera sendiri dan kelengkapan daripada syarikat binaan untuk gerakan mencari dan menyelamat.

Menurutnya, seorang saksi melihat beberapa orang berjalan berhampiran bangunan itu ketika kejadian.

Bagaimanapun, katanya, sehingga ini, pihaknya tidak menemui sebarang tanda kecederaan atau mayat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Trafik di bandar suci berkenaan, Kolonel Ahmad Nashi berkata, pihaknya menutup jalan di kawasan tengah berhampiran Masjlidil Haram untuk memastikan kenderaan boleh bergerak mudah dan menyenangkan kerja pasukan Pertahanan Awam serta Bulan Sabit Merah.

Bangunan yang runtuh itu ialah antara yang telah diambil alih oleh kerajaan untuk dirobohkan bagi projek meluaskan bahagian utara Masjidil Haram. - Agensi

No comments:

Post a Comment