Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Doktor mengaku beri dadah kepada peserta terapi



11/05/2010 3:03am

BERLIN 11 Mei - Seorang doktor di Berlin yang mengaku memberi dadah yang menyalahi undang-undang kepada beberapa peserta kumpulan sesi terapi sehingga mengakibatkan dua daripada mereka maut dan 10 yang lain dimasukkan ke hospital, disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara bagi tempoh lebih empat tahun.
Doktor berusia 51 tahun itu yang namanya tidak didedahkan sejajar dengan peraturan privasi Jerman, disabitkan bersalah hari ini kerana memberi pil Ekstasi dan beberapa jenis dadah lain kepada peserta berkenaan pada 2009 sehingga menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan dan mengakibatkan maut.
Agensi berita DAPD melaporkan, dia juga disabitkan bersalah mencabuli undang-undang dadah tetapi didapati tidak bersalah atas percubaan membunuh.
Mahkamah Berlin juga memberitahu, doktor itu tidak mungkin akan bekerja semula sebagai doktor perubatan atau ahli psikoterapi.
Ketika ini, ia masih belum jelas jika doktor berkenaan akan membuat rayuan. - AP

No comments:

Post a Comment