Search This Blog

Monday, May 24, 2010

Dituduh bunuh kekasih ibu lepas diektsradisi ke Australia dari Singapura

MELBOURNE: Seorang lelaki Sydney, Australia, yang disyaki membunuh kekasih ibunya yang berasal dari Malaysia, dihadapkan ke sebuah mahkamah Sydney selepas dihantar pulang dari Singapura.
Agensi berita Associated Press melaporkan Andrew Iskandar, 20 tahun, tampil melalui sidang video di Parramatta Bail Court kelmarin setelah mendapat perintah ekstradisi daripada Singapura malam Jumaat lalu.Andrew, seorang pelajar universiti, tidak memohon diikat jamin dan oleh itu dikenakan perintah reman.Polis menuduh dia membunuh Allahyarham Mohd Shah Saemin, 43 tahun, yang berasal dari Melaka, di luar rumahnya di Leichhardt, bahagian barat Sydney, pada 21 Februari lalu.Andrew kemudian ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 24 Februari lalu.Allahyarham Mohd Shah bekerja sebagai pemandu di pejabat Konsul Malaysia di Sydney.Beliau menjalin hubungan dengan ibu Andrew, yang dikenali sebagai Cik Nita Iskandar, 46 tahun, yang bertugas sebagai kerani akaun di pejabat konsul itu.Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat diserang dua lelaki dengan menggunakan pisau dan tukul.Andrew hanya membisu ketika dihadapkan ke mahkamah, yang turut dihadiri anggota keluarganya.Sebelum ini, polis telah mengenakan tuduhan bunuh terhadap bapanya, Hazairin Iskandar, 55 tahun, seorang pemilik dan pemandu teksi.Cik Nita pula dituduh mempunyai kaitan dengan pembunuhan Allahyarham Mohd Shah dan menghalang siasatan polis berhubung kes itu.Andrew akan dihadapkan ke Central Local Court pada 13 Julai ini.Ibu bapanya dijangka hadir pada hari itu. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment