Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

Dadah: Polis tahan dua lelaki Afrika Barat

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dari Afrika Barat dipercayai pengedar dadah ditahan polis di sekitar Bukit Bintang di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata polis turut merampas sebungkus dadah dipercayai heroin seberat 3.1 kilogram daripada dua lelaki terbabit yang berusia 22 dan 28 tahun.
Menurutnya, seorang daripada suspek terbabit didapati positif dadah.

"Mereka ditahan reman selama tujuh hari mulai Ahad lalu dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

No comments:

Post a Comment