Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Dadah: Lelaki Indonesia ke tali gantung

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar kanabis seberat 4,697 gram, enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Hasbala Mohd Sarong, 22, gagal membuktikan prima facie terhadap kes pendakwaan.

Hasbala didapati bersalah melakukan kesalahan itu di perhentian bas di depan Kilang Proton, Seksyen 26 di sini, kira-kira 10 malam pada 27 Februari 2004.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama

No comments:

Post a Comment