Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Cetak . Emel Rakan . Berlusconi, isteri setuju cerai




2010/05/11

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi terselamat daripada kerugian £43 juta (RM205 juta) setahun, tuntutan penyelesaian perceraian isterinya. 

Jutawan media Berlusconi, 73, berpisah dengan isterinya, Veronica Lario, 53, selepas didedahkan beliau menghadiri parti hari lahir ke-18 model pakaian dalam, tahun lalu.
Lario, ibu tiga anak, memulakan prosiding cerai selepas tidak tahan lagi bersama Berlusconi yang digelarnya seorang lelaki ‘sakit kerana ada hubungan dengan remaja bawah umur.’
Hujung minggu lalu, mereka bertemu buat kali pertama dalam tempoh beberapa bulan pada perbicaraan perceraian tengah hari Sabtu lalu di Milan, yang berakhir selama lima jam. 

Sumber perundangan kedua-duanya malam tadi berkata: “Satu perjanjian antara mereka semakin hampir.” 

Lario, bekas aktres pada mulanya meletakkan sasaran tinggi menuntut lebih £3 juta (RM14.32 juta) sebulan, selain rumah untuk anak mereka dari Berlusconi yang juga lelaki kedua terkaya di Itali. 

Perbicaraan awal terhenti dengan Lario meminta sejumlah besar wang perbelanjaan bulanan, namun Berlusconi dan pasukan pembelaannya membalas dan berkata mereka hanya akan menawarkan £3.6 juta (RM17.19 juta) setahun atau £300,000 (RM1.43 juta) sebulan. 
Perbicaraan itu yang bermula jam 4 petang Sabtu lalu dan berakhir sehingga 9 malam, diadakan di hadapan hakim sivil Gloria Servetti. 

Akhbar harian utama Corriere Della Sera meletakkan berita itu pada muka hadapan dengan tajuk Veronica and Silvio find and agreement, (Veronica dan Silvio mencapai kata sepakat) dan menggambarkan bagaimana ia adil untuk semua pihak. 

Sementara itu, akhbar Repubblica menyatakan pasangan itu menghabiskan masa lima jam untuk berdepan antara satu sama lain dan bagaimana semuanya berbeza daripada sebulan lalu apabila tiada harapan untuk mencapai satu persetujuan. – Agensi

No comments:

Post a Comment