Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

84 maut keganasan gegar Iraq




2010/05/11

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh dan lebih 170 lagi cedera dalam beberapa serangan bom dan 20 serangan dipercayai disasarkan kepada pasukan keselamatan dan masjid puak Syiah di Iraq, keganasan paling buruk dalam tempoh dua minggu di negara itu. 

Jurucakap pasukan keselamatan di Baghdad, Mejar Jeneral Qassim Atta, berkata serangan itu disyaki sengaja dirancang, ketika kerajaan berusaha membentuk kerajaan baru, dua bulan selepas pilihan raya.
Angka korban terbesar dicatat di bandar Hilla apabila kira-kira 45 terbunuh dan 140 lagi dilaporkan cedera dalam dua serangan bom kereta yang meletup ketika pekerja sebuah kilang mula pulang.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, pertumpahan darah bermula di Baghdad, apabila tujuh orang ditembak mati di enam pusat pemeriksaan polis dan tentera di timur serta barat bandaraya itu menggunakan senjata automatik. 

Dua anggota polis pula terbunuh dalam tiga kejadian letupan bom di selatan dan barat Baghdad. 

“Serangan bermula pada jam 6.30 pagi dan berakhir jam 8 pagi,” kata pegawai itu yang menambah hampir semua yang cedera adalah anggota keselamatan. 

Dua serangan bom berhampiran sebuah masjid di Suwayrah, 60 kilometer ke tenggara ibu negara Iraq itu menyebabkan 11 orang terbunuh manakala 70 yang lain cedera. 
Empat serangan bom turut dilaporkan di beberapa buah rumah di Fallujah, bekas kubu kuat puak Sunnah di barat Baghdad, tiga daripadanya kepunyaan pegawai keselamatan. 

Polis dan doktor hospital di Fallujah mengesahkan empat orang terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan terbabit. – AFP/AP

No comments:

Post a Comment