Search This Blog

Monday, May 24, 2010

7 perompak dicekup





SEBAHAGIAN senjata yang dirampas ekoran penahanan tujuh perompak van keselamatan di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Polis menemui wang tunai berjumlah RM54,000 iaitu sebahagian daripada wang berjumlah RM160,000 yang dirompak oleh sekumpulan lelaki dari sebuah van keselamatan di Jalan Paya Terubong di sini pada 19 Mei lalu.
Selain wang tunai, turut ditemui ialah dua raifal AK-47 buatan China, dua revolver .38, beberapa butir peluru dan dua butir bom tangan yang masih aktif.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penemuan wang dan pelbagai senjata itu ditemui ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki dari Acheh, Indonesia.
Kesemua yang ditahan berusia antara 38 hingga 50 tahun.

No comments:

Post a Comment