Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

500 penerbangan di Eropah dibatalkan




PENUMPANG yang terkandas tidur di atas katil sementara di Lapangan Terbang Portela di Lisbon, semalam. - AP


BRUSSELS 10 Mei - Pencemaran abu gunung berapi dari Iceland terus menjejaskan perjalanan udara di Eropah hari ini, dengan Eurocontrol meramalkan kira-kira 500 penerbangan dibatalkan.
Walaupun 28,500 penerbangan masih dijangka diteruskan, pertubuhan keselamatan udara Eropah itu meramalkan kelewatan akan berlaku secara meluas.
Pesawat yang merentasi Lautan Atlantik terutamanya perlu mengambil laluan lebih jauh bagi mengelakkan awan abu itu.
Gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajoekull, 120 kilometer ke tenggara ibu negara Iceland, Reykjavik mula kembali aktif minggu lepas, dengan menghamburkan semakin banyak abu ke udara.
Abu gunung berapi itu menyebabkan beribu-ribu penerbangan dibatalkan pada April lalu.
Sebahagian besar abu yang terapung di atas benua Eropah sudah luput, tetapi sekelompok awan dijangka hanyut menghala ke Sepanyol petang ini.
Semua lapangan terbang di Eropah dilaporkan dibuka pagi ini. Semalam, pengawal lalu lintas udara Jerman menutup ruang udara di selatan negara itu, manakala 10 lapangan terbang di Sepanyol turut ditutup pada waktu tertentu.
Hari ini lapangan terbang di Portugal dibuka semula, menjelang lawatan Pope Benedict XVI ke negara itu.
Tidak sampai 23,500 penerbangan berlepas di Eropah semalam, kurang 1,500 daripada biasa.
Pihak berkuasa menghadapi kemungkinan situasi di Sepanyol kembali merosot hari ini. - dpa

No comments:

Post a Comment