Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

2 lagi pertuduhan terhadap Benjy

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy 32, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini dengan dua pertuduhan tambahan memiliki dadah jenis methamphetamine juga dikenali "syabu" dan memasukkan dadah yang sama ke dalam badannya, dua bulan lalu.

Benjy yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor, selama
dua tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di
hadapan Majistret Hafizza Sauni.

Bagi pertuduhan tambahan pertama, Benjy didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu
di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri,
Kepong Baru di sini pada 3 petang, 11 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa
hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau
kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment