Search This Blog

Tuesday, April 6, 2010

Washington tolak dakwaan Hamid Karzai



06/04/2010 2:51am

WASHINGTON 6 April - White House hari ini menolak dakwaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang menuduh orang asing membantu pemalsuan pilihan raya di negara berkenaan.
``Kenyataan beliau adalah sesuatu yang membimbangkan dan alasan yang diberikan adalah tidak benar,’’ kata Jurucakap White House, Robert Gibbs.
Wall Street Journal melaporkan hari ini, Karzai telah memberitahu ahli parlimen bahawa Amerika Syarikat (AS) semakin mencampuri urusan dalam negara Afghanistan dan Taliban akan menjadi satu pergerakan yang kuat jika AS tidak berhenti berbuat demikian.
Menurut akhbar berkenaan, Karzai juga berkata bahawa beliau sendiri mungkin menyertai Taliban jika parlimen tidak menyokong usahanya untuk menguasai suruhanjaya pilihan raya negara tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment