Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Pesara tentera maut ditikam kenalan



KOTA BHARU - Seorang pesara tentera dari Kampung Pauh Sembilan, Bachok maut ditikam kenalan dari kampung terbabit semasa dia (arwah) menunggu anak bongsunya pulang dari sekolah. 

Mangsa, Che Ismail Che Yusof, 55, dikatakan meninggal dunia setelah ditikam di bahagian rusuk kanan oleh kenalan dari kampung yang sama kira-kira jam 3 petang, semalam. 

Isteri mangsa, Rahimah Mat Husin, 55, berkata, arwah suaminya pada pagi semalam ada memberitahu dia berasa ditekan oleh seseorang dari atas, tetapi dia tidak tahu lebih mendalam mengenainya. 

“Suami saya baru sahaja melakukan pembedahan mata bulan April lalu akibat penyakit kencing manis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). 

“Setahun saya, dia tidak pernah bergaduh atau mem-punyai masalah dengan sesiapa, namun dia (arwah) pagi tadi dia mengadu seolah-olah ada orang menghenjut (menekan) bahunya dari atas dan dia terasa sakit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sin, semalam. 

Rahimah berkata, pada petang semalam suaminya yang juga pesara tentera dikatakan menunggu anaknya di kedai kopi dengan memakan kuih-muih di situ, kemudian tiba di pertengahan jalan, dia ditikam. 

Bagaimanapun, Rahimah yang merupakan suri rumah tidak mengetahui ceritanya secara terperinci dan hanya dikhabarkan mangsa sudah berada di HUSM, lalu terus ke hospital terbabit. 

“Sebelum ini, suami saya tidak banyak berjalan-jalan (bersiar-siar) sekitar rumah memandangkan dia baru sahaja selesai pembedahan dan matanya masih dalam pemulihan,” katanya. 

Rahimah mendakwa, suspek berusia 40-an dan dikenali mangsa memandangkan mereka tinggal berdekatan rumah. 

Ketua Polis Daerah Ba-chok, Deputi Supritendan Yahya Saleh mengesahkan kejadian berkenaan dan punca kes masih dalam penyiasatan pihak polis.

No comments:

Post a Comment