Search This Blog

Monday, April 12, 2010

Kapal berlanggar angkara iPod



WASHINGTON 11 April - Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) melanggar satu lagi kapal lain sehingga menyebabkan kerosakan sebanyak AS$92 juta (RM294 juta), gara-gara petugasnya leka mendengar muzik menggunakan iPod.
Kelasi kapal selam USS Hartford itu juga menguatkan pembesar suara supaya muzik dimainkan semasa mereka bertugas, demikian menurut laporan rasmi malam semalam.
Operator sonar dan petugas radio tiada di tempat duduk masing-masing sementara kelasi lain mengendalikan kapal selam tempur itu 'dengan sebelah tangan dan tanpa memakai kasut'.
Laporan itu menyelar pengendali kapal yang mendengar iPod di dalam kabin sambil mengulangkaji menjelang peperiksaan.
Tentera laut AS mendapati berlaku lebih 30 kesalahan termasuk 'suasana tidak formal' dan 'penguatkuasaan lemah' yang membawa kepada 'kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan'.
Seramai 15 kelasi kapal selam itu cedera apabila ia melanggar kapal pengangkut, USS New Orleans dalam insiden di Teluk Parsi pada Mac tahun lalu itu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment