Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

Pengurup wang dirompak RM357,000

KLANG: Sebuah syarikat pengurup wang beroperasi dalam pusat beli-belah di Bukit Tinggi kerugian RM357,000 apabila premis mereka dirompak dua lelaki di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, dua pekerja premis terbabit, warganegara India dikatakan baru memulakan perniagaan terletak di tingkat dua pusat beli-belah itu.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata sejurus membuka perniagaan, seorang pekerja pengurup wang itu ke tandas, manakala seorang lagi berada di premis.

“Ketika berada dalam tandas, mangsa ditahan dua suspek sebelum salah seorang daripadanya membawa mangsa ke premis.

“Dia memaksa mangsa membuka peti besi dan diugut ditembak sekiranya cuba melawan. Salah seorang daripada pekerja terbabit turut diikat,” katanya.

Pada masa sama seorang pencuci warga Nepal yang membersihkan tandas turut menerima nasib malang apabila diikat sebelum dikawal salah seorang suspek.

No comments:

Post a Comment