Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

Padah bela tanpa permit



Oleh HADZLIHADY HASSAN
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/20
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menyimpan dan memelihara haiwan dilindungi membawa padah apabila semua 14 ekor hidupan liar miliknya dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis di Johor Bahru, Khamis lalu.
SALAH...turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet.
SALAH...turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet.
LAPAR...antara binatang yang dirampas Perhilitan daripada seorang lelaki.
LAPAR...antara binatang yang dirampas Perhilitan daripada seorang lelaki.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Saharudin Anan, berkata dalam serbuan jam 5 petang itu, selain 14 ekor hidupan liar terbabit, turut dirampas ialah anggota badan haiwan yang diawet.

Menurutnya, antara hidupan liar yang dirampas ialah tiga burung Tiong Mas yang tidak matang, lima burung Tanau, dua burung Serindit, burung Rose-Ringed Parakeet, burung Electus Parrot betina, beruk tidak matang dan seekor anak ungka.

“Turut dirampas sepasang tanduk kambing gurun, satu tengkorak haiwan yang belum dikenal pasti, tanduk rusa dan kulit kijang yang diawet,” katanya.

Menurutnya, beberapa jenis hidupan liar itu dilindungi sepenuhnya dan memerlukan permit khas daripada pihak berkuasa untuk memiliki dan memeliharanya.

Beliau berkata, pemilik premis didapati mengurung hidupan berkenaan dalam sangkar berasingan yang disembunyikan di stor di rumah dan juga premisnya.

“Kita menjalankan siasatan terhadap lelaki itu dan jika di dapati bersalah dia akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

“Selain itu, jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh didenda tidak lebih RM37,000 atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditahan selepas Perhilitan merampas seekor burung Lang Siput yang dipeliharanya.

Serbuan dilakukan jam 3 petang kelmarin di sebuah premis mencuci kereta milik wanita terbabit di Johor Bahru.

Hidupan liar terbabit yang dilindungi sepenuhnya ditemui tersimpan dalam sangkar dibina khas oleh pemiliknya yang diletakkan di kawasan premis berkenaan.

Menurut Saharudin, wanita itu juga disiasat mengikut akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment