Search This Blog

Monday, March 22, 2010


KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman sivil RM1.5 juta yang difailkan bapa seorang penjual ikan terhadap bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Conrad Mojuntin.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli berkata selepas meneliti keterangan dan hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, beliau mendapati bahawa plaintif David Chang Tai Kim, gagal membuktikan bahawa defendan cuai apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian anaknya Anthony Chang Kim Fook.

Keterangan itu jelas membuktikan bahawa defendan menggunakan haknya sebagai pembelaan persendirian apabila melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian itu. Soal kecuaian tidak timbul apabila seseorang itu mempertahankan nyawa sendiri atau nyawa yang lain ketika dalam ancaman yang sama.

"Dalam keadaan ini, tuntutan plaintif ditolak dengan kos, untuk dibayar kecuali dipersetujui," katanya ketika memberikan hujah dalam membuat keputusan itu.Chang dalam tuntutannya mendakwa bahawa Mojuntin, 62, adalah liabiliti jenayah yang mengakibatkan anaknya terkorban kerana beliau mengaku menembak anaknya itu dengan senapang patah semasa inkues dilakukan untuk mengetahui punca kematian itu empat tahun lalu.

Penjual ikan itu, 20 tahun ditembak mati pada 23 Oktober, 2005 antara 4.20 pagi dan 4.45 pagi di hadapan perpustakaan Penampang di Donggongon di sini.

Ram Singh dan Loretto Padua Jr yang mewakili Chang, berkata plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment