Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

Bas ekspres masuk tali air

KUANTAN: “Saya rasa bagaikan mimpi kerana kejadian itu berlaku sekelip mata,” kata pemandu bas Cepat Ekspress, Mohamad Faizal Abdullah, 52, ketika menceritakan semula kejadian selepas bas dipandunya terbabas dan menggelongsor di jalan raya sejauh 55 meter sebelum terbalik di dalam tali air sedalam dua meter di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Cherating, pagi semalam.
Enam penumpang bas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat cedera parah, manakala 34 lagi penumpang dibawa ke Hospital Kemaman (HK).

Mohamad Faizal berkata, ketika kejadian, semua penumpang yang tidur terkejut akibat hentakan kuat ketika menggelongsor di jalan raya.

Katanya, dia tidak tahu bagaimana bas dipandunya boleh hilang kawalan kerana ketika itu tiada halangan di jalan. Malah dia juga mendakwa tidak mengantuk tetapi percaya kemalangan berpunca daripada jalan licin akibat hujan lebat.

“Saya juga tidak memandu laju kerana ketika itu hujan lebat dan saya bersyukur semua penumpang selamat dan berjaya dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan awal mendapati Mohamad Faizal yang berasal dari Kluang, Johor Bahru dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh.

No comments:

Post a Comment