Search This Blog

Friday, December 31, 2010

5 Nelayan Hilang Di Tanjung Gelang



31/12/2010 16:08:31 
Lima nelayan hilang selepas bot pukat tunda mereka tenggelam di 15 batu nautika tenggara dari Tanjung Gelang di Kuantan pada 9 pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata bot nelayan pukat tunda kelas C berkenaan dipercayai keluar untuk menangkap ikan dari jeti nelayan, 3 petang Rabu lepas.

Beliau berkata bot nelayan berkenaan membawa empat nelayan warga Thailand yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dikenali sebagai Chuk Luck.

Laporan mengenai kejadian itu diterima pada 2 petang semalam sebelum kapal KM Lang bersama 24 pegawai tiba di lokasi kejadian 40 minit kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan pasukan gerakan marin dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Perak.

Hasilnya, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui bot nelayan terbabit dalam keadaan hanya bahagian hadapan bot yang masih timbul kira-kira 5 petang.

Namun, katanya awak-awak dan tekong bot berkenaan gagal ditemui.

Beliau berkata ketika kejadian, ketinggian ombak dilaporkan mencecah 3.5 meter manakala kelajuan angin 20 hingga 40 kilometer sejam.

Seorang Anggota Polis Parah Dilanggar Pemandu Mabuk



31/12/2010 13:52:20 
Seorang anggota polis cedera parah manakala seorang lagi penunggang motosikal mengalami cedera ringan selepas dilanggar pemandu mabuk.

Kejadian berlaku di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang jam 12.30 malam semalam.

Pemandu kereta Proton Persona terbabit dipercayai memandu terlalu laju sehingga tidak dapat memberhentikan kenderaannya apabila melihat sekatan jalanraya di Jalan Paya Terubong menghala ke Balik Pulau.

Dia hilang kawalan lalu merempuh sekatan jalanraya dan melanggar penunggang motosikal yang sedang berhenti untuk pemeriksaan polis.

Akibatnya, penunggang motosikal itu tercampak di atas jalanraya, mengalami cedera ringan di tangan dan kaki.

Manakala motosikalnya diheret hampir 100 meter di bawah kereta terbabit.

Disebabkan hentakan kuat, kereta berkenaan terbabas dan melanggar dua kenderaan pacuan empat roda milik polis di tepi jalan.

Seorang anggota polis bertugas, Lans Koperal Amirrul Fitri Norizzat, 25 tahun dari batalion satu pasukan gerakan am Ulu Kinta, Perak, tersepit antara dua kenderaan berkenaan.

Dia yang cedera parah di kaki dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Pemandu berkenaan, 33 tahun, ditahan di bawah Seksyen 41 Kurungan Tiga Akta Pengangkutan Jalan.

Mayat `Orang Hilang' Dihumban Dalam Loji Rawatan Kumbahan

Genap sebulan 22 hari dilaporkan hilang, seorang pekerja membaiki penghawa dingin, akhirnya ditemui mati dalam keadaan cukup tragis.

Mayatnya dihumban dalam loji rawatan kumbahan di Kajang.

Mangsa dikenali sebagai Liew Kuan Mang, 29 tahun.

Setakat ini, hanya bahagian pinggang hingga lutut, serpihan tulang dan tengkorak mangsa ditemui.

2 petang semalam, seorang pekerja Indah Water yang datang untuk kerja menyelenggara loji ini terkejut apabila menemui bahagian pinggang hingga lutut mangsa.

Mykadnya turut ditemui.

Pasukan forensik sejak pagi tadi masih berusaha mencari anggota bahagian badan mangsa yang lain.

Kuan Mang dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas memasuki tandas sebuah restoran mamak di Sungai Chua, 3.30 pagi, 7 November lalu.

Dia ke restoran berkenaan bersama dua rakannya.

Bapa mangsa, Liew Tin Soon, 65, berkata, dia bertemu anaknya kali terakhir ketika Kuan Mang keluar rumah untuk ke kelab malam berhampiran Menara Berkembar Petronas.

Dakwa Soon, ketika di sana mangsa bersama sembilan lagi rakannya, berlaku pergaduhan antara mereka dengan bouncer kelab malam itu.

Difahamkan, tiga rakannya cedera dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas



31/12/2010 9:02pm

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh dalam parit sedalam dua meter berhampiran rumahnya di Kampung Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan Dungun hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kehilangan Durrani Arfah Masrul, 3, hanya disedari oleh ibunya kira-kira pukul 12 tengah hari yang ketika itu hujan lebat.
"Selepas tidak menemui anaknya di dalam rumah, ibu kanak-kanak itu telah keluar mencari di sekitar rumahnya dan menemui sekaki payung di tepi parit yang dipercayai digunakan oleh anaknya.
"Kita hanya dimaklumkan tentang kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 2 petang selepas solat Jumaat dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan selepas itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ekoran hujan sejak semalam, air parit yang mengalir ke Kuala Dungun itu dilaporkan agak deras. – Bernama

Bot tenggelam di Kuantan, lima nelayan hilang


Lima nelayan hilang selepas bot pukat tunda mereka tenggelam di 15 batu Nautika tenggara dari Tanjung Gelang di sini pada 9 pagi semalam. 

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kuantan Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata bot nelayan pukat tunda kelas C berkenaan dipercayai keluar untuk menangkap ikan dari Jeti Nelayan Batu 3 di Kuantan, pada petang Rabu lepas.

Beliau berkata bot nelayan berkenaan membawa empat nelayan warga Thailand yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dikenali sebagai Chuk Luck.

"Bagaimanapun, kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada 2 petang semalam sebelum kapal KM Lang bersama 24 pegawai tiba di lokasi kejadian 40 minit kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan Pasukan Gerakan Marin dan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Perak.

Abdul Aziz berkata pasukan mencari dan menyelamat kemudian berjaya menemui bot nelayan terbabit dalam keadaan hanya bahagian hadapan bot yang masih timbul kira-kira 5 petang.

Namun, katanya awak-awak dan tekong bot berkenaan gagal ditemui.

Beliau berkata ketika kejadian, ketinggian ombak dilaporkan mencecah 3.5 meter manakala kelajuan angin 20 hingga 40 kilometer sejam.

"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga 7 petang ini dan akan disambung semula pagi esok jika nelayan berkenaan masih belum dijumpai," katanya.

Bot sepanjang 18.12 meter dan lebar 5.7 meter itu kini ditarik oleh beberapa bot nelayan lain ke pantai.

- Bernama

Cara baru buang bayi: Serah kepada orang tidak dikenali



31/12/2010 8:09pm

SEREMBAN 31 Dis. – Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.
Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas.
Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya.
"Kemudian, saya tunggu, dan tunggu... hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul.
"Saya mula panik, curiga dan bimbang... Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau (Negeri Sembilan).
"Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban,” katanya di sini hari ini.
Qurratnaini berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja’afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis. – Bernama
-utusan






















PARIS - Isteri Presiden Perancis, Carla Bruni memiliki kekayaan, kemasyhuran dan suami yang berkuasa tetapi bekas supermodel itu kekurangan nilai yang mampu membuatkannya disukai ramai. 

Ini kerana penduduk Perancis mengundi wanita itu sebagai selebriti paling menyakitkan hati di negara itu.

Suaminya, Nicolas Sarkozy turut dipilih sebagai ahli politik paling menyakitkan hati dalam undian untuk mencari personaliti paling menjengkelkan di negara Eropah itu.

Bruni, 43, mendahului senarai individu terkenal yang menjengkelkan dengan peratusan undian sebanyak 52 peratus.

Suami fail saman RM8 juta tuntut ganti rugi kematian isteri




KOTA BHARU – Suami kepada wanita yang mati kerana kerosakan organ dalaman akibat kapas yang tertinggal di dalam perutnya ketika bersalin melalui pembedahan 17 Ogos lalu, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah RM8 juta di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Musa Abdul Kadir, 47, hadir kira-kira jam 10 pagi bagi menyerahkan saman itu terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebagai defenden kedua kerana kecuaian hospital itu menyebabkan kematian isterinya, Aummil Khairi Abd Razak, 44.

“Saya plantif pertama memfailkan saman ini dan wakil kepada empat anak yang dinamakan plantif kedua, ketiga, keempat dan kelima sebagai bapa yang sah kepada mereka.

“Saman difailkan dengan menamakan doktor yang terbabit melakukan pembedahan sebagai defenden pertama dan USM defenden ketiga,” katanya di mahkamah, pagi semalam.

Musa yang berkhidmat penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kota Bharu mengemukakan ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan atau teruk RM2 juta dan ganti rugi ‘aggravated’ RM1 juta.

“Faedah atas ganti rugi am, teladan dan teruk serta ‘aggravated’ pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penyampaian proses saman sehingga tarikh pembayaran, ganti rugi khas pada kadar empat peratus dari tarikh mangsa meninggal dunia, 21 September lalu hingga penghakiman.

“Faedah penghakiman, kos peguam dan anak guam serta relief lain atau perintah mahkamah yang difikirkan sesuai berjumlah RM8 juta,” katanya.

Mengikut writ saman itu, plantif mendakwa defenden gagal menjalankan rawatan sewajarnya terhadap mangsa dan gagal memastikan peninggalan dalam rahim mangsa.

“Saya dakwa mereka gagal mengambil langkah perlu sehingga menyebabkan kecuaian dan tidak menggunakan kepakaran yang sewajarnya terhadap isteri saya,” katanya.

Sebelum itu, media melaporkan mangsa, Aummil Khairi meninggal dunia selepas 35 hari melahirkan seorang bayi lelaki, Nur Mohd Faiq yang kini berusia empat bulan di hospital berkenaan.

Selepas mengalami proses bersalin secara pembedahan itu, Aummil Khairi mendakwa berasa kesakitan yang amat sangat dan dipanggil untuk melakukan pembedahan kali kedua pada 22 Ogos kerana terdapat kapas yang tertinggal di dalam perutnya.

Sejurus selepas itu, sakit mangsa berterusan dan beliau koma dengan perut yang besar dan membengkak sehingga memaksa pembedahan kali ketiga dilakukan terhadapnya pada 8 September lalu.

100 disengat obor-obor


HONOLULU - Sekurang-kurangnya 100 orang dirawat akibat disengat obor-obor manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas hidupan laut itu menyerang perairan di pulau Waikiki, kelmarin.

Obor-obor dilaporkan mula memenuhi pantai kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat dan penyelamat pantai melaporkan sekurang-kurangnya 365 ekor obor-obor ditemui di pantai seluruh Waikiki.

Haiwan itu selalunya tiba di persisiran pantai selatan Hawaii tujuh hingga 11 hari selepas bulan mengambang.

Tujuh remaja diberkas rai kejayaan Malaysia


 



SHAH ALAM – Sekumpulan remaja bawah umur yang leka meraikan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di sebuah pusat hiburan di ibu kota, mengundang padah selepas ditahan dalam serbuan awal pagi semalam.

Tujuh remaja terbabit terdiri daripada lima lelaki dan selebihnya perempuan, berusia antara 16 dan 18 tahun menyaksikan perlawanan secara langsung dari Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, melalui layar gergasi di Dataran Merdeka.

Mereka meraikan kemenangan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, remaja terbabit sedang berhibur sambil meraikan kejayaan pasukan negara bersama-sama 40 pengunjung lain.

Lima daripada 40 pengunjung yang diperiksa, berumur lingkungan 23 hingga 30 tahun, didapati positif dadah jenis amphetamine dan mephetamine.

Semua mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pusat hiburan itu akan di kompaun kerana membenarkan remaja bawah umur memasuki premis itu.

Anggota PGA cedera parah, kereta rempuh sekatan jalan raya



GEORGE TOWN -- Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Kpl Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.

Katanya Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak mengalami kecederaan parah pada paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu turut terbakar pada bahagian enjin bagaimanapun berjaya dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba kira-kira lima minit kemudian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan yang tidak cedera kini ditahan untuk siasatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya. -- BERNAMA

Suami isteri teruk kena belasah

 

JOHOR BAHRU – Percutian suami isteri bersama tiga cahaya matanya ke Cameron Highlands, Pahang, berakhir dengan tragedi berdarah apabila diserang individu dipercayai merupakan pegawai polis pada 26 Disember lalu.

Kejadian yang berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) itu berpunca apabila kereta Tan Khoon Hor, 35, dan Lim Chung Keok, 34, menghalang kenderaan individu terbabit sehingga menimbulkan perbalahan.

Pada kejadian itu, Chung Keok bersendirian di dalam kereta, manakala suaminya, Khoon Hor sedang menemani tiga anaknya ke tandas sebelum didatangi seorang lelaki mengatakan bahawa kenderaan mereka sudah menghalang keretanya.

Chung Keok berkata, dia memohon kerjasama daripada individu terbabit supaya bersabar sementara menunggu ketibaan suaminya dari tandas bersama anak-anaknya, namun tidak diendahkan sekali gus menerima kata caci dan maki.

“Ini adalah kali pertama kami bercuti ke Cameron Highlands dan tidak sangka kegembiraan dirasai dalam percutian dua hari satu malam berakhir dengan ‘mimpi ngeri’.

“Segalanya bermula apabila kami berhenti sebentar di R&R Tapah arah selatan dari Cameron Highlands sekitar jam 8.45 malam untuk pergi ke tandas.

“Oleh kerana tiada tempat meletakkan kenderaan pada ketika itu, kami menghentikan kenderaan di tepi jalan.

“Tapi disangka, hadir seorang lelaki memberitahu kenderaannya dihalang oleh kereta kami dan saya memintanya untuk bersabar sementara menunggu suami serta anak-anak.

“Bagaimanapun, individu ini tidak menerima kata-kata saya malah mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman seumpama saya adalah warga asing,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kelab Media Cina Johor Selatan, Jalan Cermat, di sini, semalam.

Chung Keok berkata, individu terbabit sambil dibantu oleh ayahnya melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah muka suaminya selepas cuba untuk meminta tidak memulakan pergaduhan kerana mahu beredar segera dari lokasi.

“Enggan keadaan bertambah menjadi lebih teruk, suami saya cuba untuk meminta individu terbabit supaya berhenti daripada mengeluarkan kata-kata kesat seterusnya menolak sedikit jauh dari kereta dengan tujuan memudahkan kami beredar dari lokasi.

“Kesan daripada tindakan berkenaan, individu terbabit sambil dibantu beberapa lelaki lain memukul suami saya sehingga menyebabkan kesakitan pada muka, badan dan kepala selain patah dua batang gigi,” katanya.

Katanya, dia segera berusaha meleraikan pergaduhan antara individu terbabit bersama suaminya sambil meminta tolong daripada orang ramai, namun ditolak sebelum ditumbuk di bahagian muka sehingga patah tujuh batang gigi seterusnya rebah di atas jalan raya.

“Melihat perlakuan kejam individu terbabit ke atas saya, suami segera memasukkan saya ke dalam kereta untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis.

“Sebelum pintu kereta ditutup, individu terbabit sempat menunjukkan kad kuasa pegawai polis kepada suami, namun kami terus beredar dari lokasi kerana tidak mahu keadaan bertambah lebih teruk,” katanya.

Chung Keok berkata, dia sekeluarga terus menuju ke Balai Polis Tapah untuk membuat laporan polis, namun dinasihatkan oleh anggota yang bertugas supaya menuju ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

“Gusi dan bibir saya terpaksa menerima jahitan kerana pecah akibat ditumbuk oleh individu terbabit.

“Kini saya trauma dengan kejadian yang berlaku malah tidak menyangka anggota polis mampu bertindak kejam memukul orang awam hanya kerana masalah kenderaannya dihalang.
“Sejak daripada hari kejadian, saya mengalami kesulitan untuk makan dan malu untuk berhadapan di khalayak ramai dengan keadaan rupa wajah yang bengkak dipukul selain ketiadaan gigi,” katanya.

Justeru, Chung Keok berharap pihak polis dapat membuat siasatan ke atas pegawai terbabit seterusnya mengenakan tindakan dan hukuman sewajarnya supaya kejadian seumpama itu tidak berulang kepada orang lain.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) pusat, S K Song berkata, tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit adalah ekstrem dan melampau seterusnya perlu dituntut keadilan.

“Saya mahu Ketua Polis Negara membuat siasatan terperinci ke atas individu terbabit yang dipercayai pegawai polis kerana tindakan dilakukan jelas mencemarkan imej pihak berkuasa di mata masyarakat umum.

“Individu terbabit tidak hanya bertindak kasar malah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman sekali gus tidak mencerminkan semangat 1Malaysia.

“Perkara ini akan diketengahkan supaya pasangan Lim dan Tan mendapat keadilan sewajarnya sekali gus tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas individu terbabit dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, Song pasti rakyat Malaysia pasti akan berbelah bagi dan kurang yakin terhadap polis sama ada pihak berkuasa bekerja demi keselamatan orang ramai atau bebas untuk melakukan sebarang salah laku yang melanggar undang-undang.

Sementara itu di Perak, Timbalan Ketua Polis Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan aduan pasangan suami isteri terbabit.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Mangsa tikaman 19 kali jalani pembedahan tampal kulit




SENAI – Mangsa tikaman 19 kali, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, dijangka menjalani pembedahan bagi menampal kulit di seluruh anggota badannya.

Kakak mangsa, Marlina Jemedi, 30, berkata, beliau difahamkan doktor, adiknya perlu menjalani proses tampal kulit selepas keadaan adiknya stabil.

“Kami sekeluarga difahamkan adik memerlukan kulit tambahan kerana kulit yang ada tidak mencukupi untuk menampal keseluruhan kulit yang rosak.

“Doktor nasihatkan supaya memperuntukkan kewangan bagi proses pembelian kulit itu namun faktor kewangan yang tidak mengizinkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Marlina berkata, keadaan adiknya masih tidak berubah, ada masanya kurang stabil dan masih menjalani rawatan membuang sel kulit mati akibat terkena simbahan asid daripada insiden terbabit.

Katanya, mereka sekeluarga belum dapat menemui mangsa, hanya melihat dari luar cermin.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah Hospital, Dr Khadijah Abu Bakar dimaklumkan bahawa pesakit masih dalam keadaan tidak stabil dan masih menjalani rawatan cucian.

Katanya, secara umumnya proses menampal kulit akan dilakukan bagi pesakit yang mengalami kulit terbakar.

“Mengikut kes Nur Ain, kami perlu pastikan pesakit dalam kondisi baik sebelum meneruskan rawatan selanjutnya, mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Menurutnya, pegawai kerja sosial akan membantu mana-mana pesakit dalam soal kebajikan, jika diperlukan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid.

Lima hilang selepas bot nelayan tenggelam di Kuantan



KUANTAN -- Lima nelayan hilang selepas bot pukat tunda mereka tenggelam di 15 batu Nautika tenggara dari Tanjung Gelang di sini pada 9 pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kuantan Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata bot nelayan pukat tunda kelas C berkenaan dipercayai keluar untuk menangkap ikan dari Jeti Nelayan Batu 3 di sini, pada petang Rabu lepas.

Beliau berkata bot nelayan berkenaan membawa empat nelayan warga Thailand yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan dikenali sebagai Chuk Luck.

"Bagaimanapun, kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada 2 petang semalam sebelum kapal KM Lang bersama 24 pegawai tiba di lokasi kejadian 40 minit kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan Pasukan Gerakan Marin dan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Perak.

Abdul Aziz berkata pasukan mencari dan menyelamat kemudian berjaya menemui bot nelayan terbabit dalam keadaan hanya bahagian hadapan bot yang masih timbul kira-kira 5 petang.

Namun, katanya awak-awak dan tekong bot berkenaan gagal ditemui. Beliau berkata ketika kejadian, ketinggian ombak dilaporkan mencecah 3.5 meter manakala kelajuan angin 20 hingga 40 kilometer sejam.

"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga 7 petang ini dan akan disambung semula pagi esok jika nelayan berkenaan masih belum dijumpai," katanya.

Bot sepanjang 18.12 meter dan lebar 5.7 meter itu kini ditarik oleh beberapa bot nelayan lain ke pantai.

Suami ancam sebar video seks isteri



LILY SHANG


NEW YORK - Seorang suami, David Gleen Rucker membuat ancaman untuk mendedahkan video seks isterinya, Lily Shang di Internet jika mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta perceraian, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu berkahwin di Toronto, Kanada pada April tahun lalu namun Rucker memfailkan perceraian pada Oktober lalu.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di sebuah mahkamah di Manhattan di sini, Lily menyatakan suaminya enggan menyerahkan rakaman video itu atau memusnahkannya.
Menurut dokumen tersebut, suami Lily membuat ancaman itu jika dia tidak bersetuju dengan penyelesaian kewangan dalam pembahagian harta perceraian.
Rucker menyatakan dia akan membuat suntingan supaya pengguna Internet cuma dapat melihat aksi isterinya melakukan perlakuan seks. - Agensi

Lelaki guna busur panah semasa merompak




RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan seorang perompak mengacukan busur panah ke arah pemilik sebuah kedai (kiri) di Plymouth, Britain kelmarin.


PLYMOUTH - Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik-detik cemas salah seorang perompak yang mengacukan busur panah ke arah seorang pemilik sebuah kedai, lapor sebuah akhbar semalam.
"Mereka mahukan wang dari mesin tunai dan rokok di belakang kaunter kedai itu," kata seorang jurucakap polis tempatan.
Seorang rakannya itu mengambil sejumlah wang tunai dan pelbagai jenis rokok dalam kes rompakan pada waktu pagi selepas kedai tersebut dibuka di sini, kelmarin.
"Pemilik kedai itu hanya mengalami cedera ringan," kata seorang jurucakap polis tempatan.
Kedua-dua perompak itu tidak memakai topeng dan polis menyifatkan mereka sebagai amat bahaya kepada orang awam. - Agensi

Mati dengan kesan tetakan di kepala



31/12/2010 10:35am

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah ditemui mati dengan kesan tetakan di bahagian kepala di sebuah rumah kosong di Bukit Darah, Sungai Buloh di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berumur 36 tahun itu ditemui mati oleh seorang rakannya yang melihat lelaki itu dalam keadaan terbaring di dalam bilik di rumah berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 malam.
"Kami percaya berlaku satu pergaduhan sebelum dia dibunuh. Tiada senjata ditemui di rumah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama
-kosmo

Dakwaan rasuah libatkan Alcatel diteliti




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius laporan agensi berita Reuters, Selasa lalu, berhubung wujudnya penglibatan pegawai kerajaan Malaysia dalam kes rasuah oleh Syarikat Alcatel Lucent SA, lapor sebuah akhbar prokerajaan semalam.
Menurut satu kenyataan SPRM kelmarin, dalam laporan itu, penglibatan pegawai kerajaan berkenaan membabitkan pembahagian kontrak syarikat telekomunikasi tersebut, kata laporan Utusan Malaysia.SPRM berkata pihaknya akan membuat semakan dengan pihak-pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat lebih jelas sebelum tindakan selanjutnya diambil.'SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan ini sehingga ia disahkan,' kata kenyataan itu lagi.Dalam laporan berkenaan, Reuters menyatakan Alcatel bersetuju membayar lebih AS$137 juta ($177.5 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan Amerika Syarikat bahawa ia melakukan rasuah mencecah jutaan ringgit kepada para pegawai asing untuk memperoleh perniagaan di Amerika dan Asia.Menurut Jabatan Kehakiman Amerika, Alcatel dituduh membuat bayaran kepada para pegawai kerajaan, termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia, untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak yang diperolehinya.Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat tersebut menggunakan khidmat perunding cara yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada para pegawai terbabit.Kelmarin, laman berita The Malaysian Insider memetik laporan itu sambil berkata syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan menyiasat dakwaan penglibatan rasuah oleh syarikat itu dalam pembahagian satu kontrak bernilai AS$85 juta.

Mayat terakhir warga Singapura ditemui di Bintan


BOT KARAM DI MERSING



MAYAT seorang lagi warga Singapura yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di perairan Mersing, telah ditemui di kawasan Bintan, Indonesia.
Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pihak berkuasa Indonesia memberitahu MFA bahawa pihaknya menemui mayat seorang lelaki Cina di Bintan.'Mayat tersebut ditemui bersama-sama dengan sebuah beg mengandungi dua keping pasport Singapura milik Encik Ng Kian Teck dan Cik Chua Poh Lit,' lapor MFA.Sebelum ini Encik Ng, 44 tahun, dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam itu Ahad lalu.Dengan penemuan itu, bilangan warga Singapura yang terkorban dalam kejadian itu meningkat kepada lima orang.Empat korban lain ialah Cik Low Li Jun, 33 tahun; Encik Chua Lim Khoon, 45 tahun; Encik Adrian Tan, 67 tahun; dan Encik Tor Soon Kwee, 41 tahun.Keluarga Encik Ng telah diberitahu tentang perkara tersebut. Mereka akan ke Bintan dan pegawai dari Konsulat Batam akan ke Bintan bagi membantu keluarga Encik Ng, kata MFA.

Seorang Anggota Polis Parah Dilanggar Pemandu Mabuk



31/12/2010 13:52:20 
Seorang anggota polis cedera parah manakala seorang lagi penunggang motosikal mengalami cedera ringan selepas dilanggar pemandu mabuk.

Kejadian berlaku di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang jam 12.30 malam semalam.

Pemandu kereta Proton Persona terbabit dipercayai memandu terlalu laju sehingga tidak dapat memberhentikan kenderaannya apabila melihat sekatan jalanraya di Jalan Paya Terubong menghala ke Balik Pulau.

Dia hilang kawalan lalu merempuh sekatan jalanraya dan melanggar penunggang motosikal yang sedang berhenti untuk pemeriksaan polis.

Akibatnya, penunggang motosikal itu tercampak di atas jalanraya, mengalami cedera ringan di tangan dan kaki.

Manakala motosikalnya diheret hampir 100 meter di bawah kereta terbabit.

Disebabkan hentakan kuat, kereta berkenaan terbabas dan melanggar dua kenderaan pacuan empat roda milik polis di tepi jalan.

Seorang anggota polis bertugas, Lans Koperal Amirrul Fitri Norizzat, 25 tahun dari batalion satu pasukan gerakan am Ulu Kinta, Perak, tersepit antara dua kenderaan berkenaan.

Dia yang cedera parah di kaki dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Pemandu berkenaan, 33 tahun, ditahan di bawah Seksyen 41 Kurungan Tiga Akta Pengangkutan Jalan.
beritaterkini

Mangsa banjir di Pahang kini 95 orang



31/12/2010 11:06am

KUANTAN, 31 Dis. - Seramai 95 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat di sini.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah itu bertambah berbanding 64 orang yang ditempatkan di pusat itu selepas kediaman mereka dinaiki air semalam.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya setakat 10 pagi tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan turut ditenggelami air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat. - Bernama

Gelombang kedua banjir landa Kemaman



31/12/2010 11:34am

KUALA TERENGGANU, 31 Dis. - Gelombang kedua banjir musim tengkujuh melanda daerah Kemaman apabila 63 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Teladas, Air Putih dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman Ghazali Awang berkata, mangsa-mangsa berkenaan berpindah ke balai raya Kampung Teladas kira-kira 7 petang setelah air melimpahi kawasan rumah mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan telah kembali pulih dan ramai di antara mangsa dibenarkan pulang kira-kira 9 pagi ini, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, hanya tiga keluarga mengandungi seramai 10 orang yang berada di pusat pemindahan kerana kawasan rumah mereka masih ditenggelami air. - Bernama

Queensland dilanda banjir besar


MUSIBAH JEJAS RIBUAN PENDUDUK: Beginilah keadaan bandar Chinchilla, Queensland, yang dilanda banjir. -- Foto REUTERS



BRISBANE: Ribuan penduduk di wilayah timur laut Australia semalam bersiap sedia berpindah ekoran banjir besar yang menyebabkan kerugian bernilai berbilion dolar.Perdana Menteri Queensland, Cik Anna Bligh, memberi amaran krisis itu bakal berlanjutan selama sekurang-kurangnya 10 hari atau mungkin berminggu.'Ini merupakan satu bencana besar yang tidak pernah kita alami sebelum ini,' kata Cik Bligh.Ribut taufan Tasha yang melanda pada Hari Krismas lalu dan hujan lebat yang berlarutan menyebabkan kawasan tengah dan selatan Queensland ditenggelami air.Hujan lebat hanya berhenti semalam tetapi paras air di sungai terus meningkat.Timbalan datuk bandar Encik Tony Ricciardi, berkata polis telah menyelamatkan dua penduduk yang terkandas atas bumbung rumah mereka.'Ini satu kejadian yang berlaku sekali dalam 100 tahun. Kita tidak akan melihat kejadian serupa ini lagi sepanjang hidup kita,' kata beliau.Di bandar Theodore, pihak tentera terpaksa memindahkan kesemua 300 penduduk dengan helikopter, kelmarin.Cik Bligh berkata jumlah kerugian mungkin mencapai berbilion dolar tetapi kemusnahan sebenar hanya akan dapat dilihat apabila banjir surut.'Ketika itu ramai penduduk akan kembali ke rumah masing-masing dan baru mereka mengetahui berapa banyak harta benda keluarga mereka telah dihanyutkan buat selama-lamanya,' kata Cik Bligh.Banjir yang melanda telah turut menyebabkan kerosakan serius ke atas prasarana, landasan kereta api dan jalan raya.Sementara itu, pegawai kaji cuaca meramalkan satu lagi ribut bakal melanda di barat Australia, sementara cuaca panas yang melampau boleh mencetuskan kebakaran di Selatan Australia. -- AFP, AP.
cyberita

Dua polis tolak rasuah terima sagu hati

SHAH ALAM: Dua anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diraikan dalam majlis Pemberian dan Penyampaian Wang Saguhati di atas kejayaan mereka menahan anggota sindiket samun kereta mewah di Lembah Klang dan menolak pemberian wang rasuah RM7,000 yang cuba disogok suspek terbabit.
Allahyarham Koperal Mustafa Othman, 45, dan Lans Korperal Abdullah Ibrahim, 51, tidak menduga lelaki yang ditahan dalam kenderaan mewah BMW pada 24 Mei lalu dekat Pasar Borong Selayang penjenayah.

Suspek terbabit cuba merasuah kedua-dua anggota berkenaan menyebabkan mereka menahan suspek sebelum kegiatan lelaki terbabit terbongkar.

Penyampaian sagu hati itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin kepada Abdullah. Allahyarham Mustafa diwakili balunya, Sarjan Nazita Nokman, 44, yang juga seorang anggota polis dan bertugas di Unit Pengaduan Tatatertib Bukit Aman.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan pegawai kanan polis.

Nazita ketika ditemui berkata, suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 27 Mei lalu ketika pulang dari Tanjung Karang selepas mengambil anaknya.


“Arwah seorang yang tegas dan berdisiplin dalam tugas,” katanya.
-hmetro

Wakaf remaja bercumbu

MELAKA: Tindakan segelintir pasangan remaja memadu kasih di beberapa wakaf di Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) Umbai, dekat sini, menimbulkan rasa kurang senang pengunjung medan selera berkenaan.
Pasangan remaja terbabit yang datang menaiki motosikal sering duduk di wakaf berkenaan sambil bercumbuan, malah ada yang melakukan aksi lebih daripada itu.

Pekerja di PIBT Umbai, Sapiah Khamis, 50, mendakwa perbuatan segelintir remaja terbabit ada kalanya melakukan perbuatan terkutuk sambil berbaring dalam keadaan telanjang di atas bangku wakaf.

Menurutnya, perbuatan sumbang remaja yang berusia 20-an itu sudah lama berlaku dan mereka mudah berbuat begitu kerana tiga wakaf itu terlindung pokok bakau serta tumbuhan lain yang merimbun.

“Pernah satu ketika saya menegur satu pasangan remaja yang duduk bermesra di satu wakaf di situ, tetapi menyakitkan hati apabila mereka dengan sengaja melakukan aksi bercium di depan saya.

“Saya hanya mampu menegur perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, saya kecewa dan terkilan apabila remaja terbabit sanggup berbuat demikian tanpa malu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Sementara itu, Sapiah berkata, pasangan remaja terbabit berkunjung ke wakaf di situ hampir setiap hari dan tidak mengira waktu iaitu dari pagi hingga Maghrib.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan kurang sihat di situ.

“Selain itu, pihak berkenaan perlu mencantas bahagian bawah setiap pokok bakau yang merimbun dan melindungi pemandangan wakaf dari bangunan PIBT dan kawasan lapang lain supaya mereka tidak berani atau mempunyai peluang melakukan perbuatan keji itu,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, masalah berkenaan perlu diatasi segera sebelum ia menjadi kawasan tumpuan pasangan memadu kasih.

Katanya, kemudahan itu disediakan untuk tujuan bersantai dan bukan melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Malah, perbuatan tidak sopan dilakukan sesetengah pasangan terbabit dianggap tidak wajar dan bertentangan hukum agama serta nilai budaya bangsa kita.

“Bagaimana jika ada keluarga yang membawa anak masing-masing bersiar-siar di sekitar wakaf berkenaan dan terserempak mereka yang sedang bercumbuan. Sudah tentu ia boleh menimbulkan perasaan malu bagi keluarga berkenaan,” katanya.
hmetro

Gesa Ariel digantung

BANDUNG: Tiga penunjuk perasaan semalam menyusup masuk di ruang luar mahkamah tempat Ariel Peterpan dibicarakan atas tuduhan menyebarkan video lucah.
Ketiga-tiga anggota Gerakan Gantung Penzina atau nama singkatnya ‘Gergaji’ itu sempat meneriak: “Gantung, gantung, gantung penzina! Gantung penzina sekarang juga,” sebelum diusir anggota polis yang mengawal bangunan mahkamah itu.

Perbuatan mereka mengejutkan wartawan yang menunggu perbicaraan itu.

Perbicaraan Ariel, bekas penyanyi kumpulan Peterpan yang diadakan secara tertutup masuk hari kesembilan semalam. Tindakan kumpulan itu didengar hingga ke dewan perbicaraan hingga hakim, peguam bela, pendakwa raya di dalam menoleh keluar untuk melihat kejadian itu.

Ketika diseret keluar dari bangunan mahkamah, ketiga-tiga penunjuk perasaan yang tidak dikenali itu terus menyanyi ‘Yel-Yel Gantung Penzina.’ Sementara itu, suami Cut Tari yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu, gagal menghadirinya.

Cut Tari adalah antara selebriti yang terbabit dalam video lucah Ariel. — Agensi
hmetro

Setahun sorok mayat anak

FORT WAYNE: Seorang wanita Indiana didakwa selepas memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia memberi anaknya memakan minyak zaitun dan cuka sehingga kanak-kanak itu berhenti bernafas dan meninggal dunia sebelum menyembunyikan mayat anaknya selama lebih setahun.
Menurut dokumen mahkamah, Latisha Lawson menghadapi tuduhan jenayah kerana membunuh dan mengabaikan anaknya.

Keputusan DNA untuk memastikan sama ada mayat yang ditemui pada 21 Disember lalu di kediaman Latisha ialah anaknya, Jezaih King yang berusia tiga tahun masih belum diketahui.

Pihak berkuasa berkata, Latisha memberitahu mereka, dia memberi anak lelakinya memakan minyak zaitun dan cuka serta menutup mulut kanak-kanak itu sehingga dia berhenti bergelut. Latisha yang tidak diwakili peguam bela kini ditahan di penjara. - Agensi

20 pemuda serang wartawan Maluku




2010/12/31

Laporan permusuhan kumpulan jadi punca 

PALU: Sekumpulan pemuda yang marah mengenai satu laporan media menyerbu sebuah pejabat akhbar dan membelasah tiga wartawan selepas gagal menemui penulis berita itu.Saksi berkata, 30 anggota satu pergerakan belia tempatan di wilayah Sulawesi Tengah menyerang wartawan berkenaan yang sebenarnya tidak terbabit langsung dengan penulisan berita itu.
Artikel yang menjadi penyebab serangan mengulas mengenai konflik pergerakan pemuda terbabit dengan kumpulan lain. 

Seorang wartawan dikejarkan ke hospital kerana cedera di dagu. Kejadian itu menyebabkan pertubuhan Perikatan Wartawan Bebas menggesa polis melakukan siasatan. 

Pertubuhan media itu menekankan, ia keganasan kali ke-37 tahun ini terhadap wartawan di Indonesia. 

Laporan media tempatan mendedahkan pergerakan itu sebagai Barisan Belia Kaili (FPK) yang menyerbu dan menyerang wartawan terbabit pada awal pagi terhadap pejabat berita online, beritapalu.com. 
Penyerang merosakkan pejabat itu dan memukul Ridwan Lapasere dan Muhammad Sharfin. 

Ridwan dan Muhammad berkata, anggota polis hadir ketika kejadian, tetapi tidak dapat menghalang serangan. 

Penyerang menuduh laporan mengenai permusuhan mereka dengan kumpulan satu lagi tidak seimbang khususnya terhadap seorang pegawai mereka yang dikenali sebagai Erwin SL. 

“Ketika saya cuba jelaskan kandungan berita itu kepada mereka, beberapa daripada mereka memecahkan sesuatu dan disusuli oleh rakan,” kata Ridwan. 
Ridwan dan Muhammad cedera di kepala selepas dipukul. 

“Kami sudah melaporkannya kepada polis. Mereka perlu menangkap penyerang kerana ia perbuatan jenayah. Kes itu perlu disiasat supaya semua pihak dapat pengajaran,” katanya lagi. 

Ogos lalu, seorang wartawan penyiaran, Ridwan Salamun terbunuh ketika pergaduhan meletus antara penduduk kampung di Tual, Maluku. 

Ridwan bertugas untuk stesen televisyen Sun TV. Dia maut ketika membuat liputan pergaduhan antara penduduk di Banda Eli dan Mangun, tenggara Maluku. 

Di Bali, seramai 70 wartawan mengingati kematian Ridwan dengan mengadakan tunjuk perasaan di Denpasar. Protes menuntut lebih banyak perlindungan kepada wartawan turut diadakan di Jakarta. – Agensi 

China tutup 60,000 laman web lucah




2010/12/31

BEIJING: China sudah menutup lebih 60,000 laman web lucah tahun ini dan menahan sekurang-kurangnya 5,000 suspek sambil berikrar akan meneruskan usaha membanteras laman web tidak bermoral serta bahan lucah yang disebarkan melalui telefon bimbit. 

“Sehingga November lalu, kami sudah memeriksa 1.8 juta laman web dan menutup lebih 60,000 laman tidak bermoral yang menyebarkan gambar lucah,” kata Menteri bagi Pejabat Media, Wang Chen.Beliau berkata, 58 orang dipenjarakan selama sekurang-kurangnya lima tahun atas kesalahan membabitkan laman web lucah dan bahan tidak bermoral dalam telefon bimbit.
China yang mempunyai kira-kira 450 juta pengguna internet dan paling ramai di dunia, melaksanakan sistem penapisan ketat dikenali ‘Great Firewall of China.’ – Reuters/AFP 

Banjir diFilipina

PENGANGKUTAN awam, jeepney, meredah banjir yang melanda bandar Sto. Domingo, daerah Albay, Manila, Filipina, akibat hujan lebat yang melanda daerah itu, hari ini. Sumber penyelamat berkata, hujan lebat yang berterusan selama seminggu menyebabkan bahaya tanah runtuh dan banjir, memaksa lebih ramai penduduk keluar mencari kawasan selamat. - Foto AFP

Doktor dakwa Jackson bunuh diri




2010/12/31

LOS ANGELES: Peguam bela doktor yang dituduh menyebabkan kematian penyanyi pop terkenal Michael Jackson, mungkin mendakwa bahawa penyanyi itu membunuh diri apabila perbicaraan bermula minggu depan, kata pegawai pendakwa, semalam. 

Dalam sidang mahkamah bagi membincangkan bukti kes membabitkan Dr Conrad Murray, Timbalan Pendakwa Daerah Los Angeles, David Walgren berkata, dakwaan ini hampir pasti dinyatakan peguam bela untuk mengukuhkan teori bunuh diri itu yang memang sudah menjadi perbualan sejak sekian lama.Di luar mahkamah, peguam Murray, J Michael Flanagan enggan memberi ulasan terhadap kenyataan Walgren.
“Saya tidak akan memberi ulasan kepada kenyataan itu tetapi nampaknya ia adalah pandangan Walgren sendiri,” katanya kepada wartawan. 

Walgren bercakap pada sesi keterangan untuk membolehkan hakim membenarkan peguam bela Murray menguji sisa jarum suntikan dan tiub digunakan untuk menyuntik dadah kepada Jackson. – Reuter 
bharian

Cubaan bom syarikat akhbar Denmark gagal




2010/12/31

GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
GAMBAR fail 2009 menunjukkan sasaran suspek pengganas iaitu bangunan akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
COPENHAGEN: Polis Denmark dan Sweden berjaya menggagalkan serangan pengganas beberapa jam sebelum ia dilakukan dan menahan lima lelaki yang mengaku merancang menembak seberapa ramai mangsa di sebuah bangunan menempatkan bilik berita akhbar Jyllands-Posten kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW. 

Ketua Perkhidmatan Perisikan Denmark (PET) Jakob Scharf, berkata pihaknya menahan seorang pencari suaka dari Iraq berusia 26 tahun, dan tiga warga Sweden yang menyewa sebuah kereta, iaitu warga Tunisia berusia 44 tahun, seorang warga Lubnan berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun yang belum diketahui kewarganegaraannya.Di Sweden pula , Ketua polis keselamatan Sweden, Anders Danielsson berkata pihaknya menahan seorang lelaki rakyat negara itu berketurunan Tunisia yang tinggal di Stockholm.
“Penangkapan dibuat selepas pemantauan selama beberapa bulan,” katanya. 

Scharf berkata, seorang lagi rakyat Denmark ditahan dalam satu serbuan berasingan di pinggir Copenhagen. 

“Kami berjaya menggagalkan satu serangan pengganas,” kata Scharf yang menambah pihaknya merampas satu laras senapang automatik, sejumlah peluru dan alat peredam bunyi. 

Scharf berkata, tiga lelaki ditangkap ketika meninggalkan sebuah pangsapuri di pinggir Copenhagen ‘sama ada untuk melakukan serangan pengganas atau mengintip. 
Beliau mengandaikan suspek sebagai militan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dan berkata lebih banyak tangkapan mungkin dibuat. 

Scharf mendedahkan, serangan dijadual dilakukan pada akhir minggu ini dan mempunyai persamaan dengan serangan pengganas Mumbai pada 2008 yang menyebabkan 166 orang terbunuh. 

“Mengikut penilaian kami kumpulan itu cuba mendapatkan akses untuk memasuki pejabat akhbar berkenaan dan melancarkan serangan ala Mumbai. 
“Mereka mahu memasuki bangunan itu dan membunuh seberapa ramai mangsa,” kata Scharf. 

Menteri Kehakiman Denmark, Lars Barfoed berkata, rancangan itu ‘amat menakutkan’ dan ‘mungkin cubaan serangan pengganas paling serius di Denmark. 
Scharf bagaimanapun berkata, tiada keperluan untuk menaikkan tahap amaran ancaman pengganas di negara itu. –